Ubat Gout Yang Paling Berkesan

Ubat Gout Yang Paling Berkesan

Ubat Gout Yang Paling Berkesan

Pernah tak anda rasa sakit dan tajam setiap kalli bergerak ?  Itu adalah realiti bagi pengidap sakit gout, satu penyakit yang menyebabkan kesakitan teruk pada sendi dan mengurangkan kualiti hidup.  Jadi, adakah ada ubat yang betul-betul berkesan untuk merawat gout? Jom kita tengok pilihan – pilihan yang anda.

 

Apa itu Gout ?

Gout adalah sejenis penyakit yang terjadi apabila asid urik berkebihan dalam badan.  Asid urik ini akan membentuk kristal yang tajam dan terkumpul di sekitar sendi, Menyebabkan radang, sakit teruk dan bengkak.  Biasanya, gout menyerang jari kaki besar, tetapi ia juga boleh berlaku pada sendi lain seperti lutut, pergelangan kaki dan siku.

 

Punca-Punca Gout 

Punca==punca gout

Gout sering disebabkan oleh beberapa faktor seperti :

  • Genetik (Keturunan)
  • Diet tinggi purin seperti daging merah, makanan laut, dan alkohol
  • Masalah bah pinggang yang tidak dapat membuang asid urik dengan baik

 

Sebelum Anda Membeli Ubat Untuk Gout Sangat Penting Anda Berjumpa Dengan Doktor

Berjumpa Dengan Doktor

Kenapa perlu jumpa doktor ?

  • Tidak semua sakit sendi adalah gout.  Doktor akan memastikan bahawa kesakitan yang anda alami adalah Gout dan bukanya penyakit sendiri lain seperti arthritis.
  • Tanpa diagnosis yang betul, membeli ubat gout tanpa nasihat doktor boleh menyebabkan pembaziran wang dan masa, Terutamanya jika anda tidak mengalami gout sebenar.
  • Beberapa ubat gout mempunyai kesan sampingan yang serius jika tidak digunakan dengan betul.  Doktor akan membei ubat yang sesuai 

 

 

Ubat Gout Yang Anda Boleh Pilih

cara hilangkan gout

Terdapat pelbagai jenis Ubat Gout Yang Paling Berkesan  yang boleh membantu mengurangkan kesakitan dan mencegah serangan gout.  Berikut adalah beberapa ubat yang terbukti berkesan. 

 

1.Ubat Anti-Inflamasi Non-Stroid (NSAID)
Contoh : Ibuprofen, Naproxen

Fungsi : Ubat ni bertinda untuk mengurangkan keradangan dan kesakitan yang disebabkan oleh gout.

Kelebihan : Berkesan untuk melegekan kesakitan akut semasa serangan gout.

Kelemahan : Jika digunakan terlalu lama, ia boleh menyebabkan masalah pada perut, ginjal dan jantung.

Lebih detail boleh cuba lihat disini Klik Disini 

 

2.Colchicine
Fungsi : Colchicine membantu mengurangkan radang dengan menghalan pembentukan kristal asid urik pada sendi

Kelebihan : Memberikan kelegaan cepat semasa serangan gout akut.

Kelemahan : Penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan ciri-birit dan mual.

Lebih detail boleh lihat disini  Klik Disini 

 

3.Ubat penurunan Asid Uric
Contoh : Allopurinol, Febuxostat

Fungsi : Ubat ni menurunkan asid urid dalam darah, yang mengurangkan risiko serangan gout berulang.

Kelebihan : Membantu mencegah serangan gout pada masa hadapan.

Kelemahan : Perlu dipantau oleh doktor jika digunakan dalam jangka panjang kerana ada kesan sampingan yang boleh berlaku.

Lebih detail boleh lihat disini Klik Disini

 

4.Steroid 
Contoh : Prednisone

Fungsi : Steroid digunakan untuk mengurangkan kerandangan yang teruk apabila NSAID atau colchicine tidak berkesan.

Kelebihan : Mengurangkan keradangan dengan cepat.

Kelemahan : Pengguna jangka panjang boleh menyebabkan risiko diabetes, peningkatan berat badan dan kelemahan tulang.

Lebih detail boleh lihat disini Klik Disini 

 

5.Pengurusan Gaya Hidup Diet
– Diet rendah purin sangat penting dalam mengawal gout.  Elakkan makanan yang tinggi purin seperti daing merah, seafood dan alkohol.

-Minum banyak air untuk membantu membuang asid urik melalui air kencing.

-Makan lebih banyak sayuran, buah-buahan dan produk tenusu rendah lemak.

 

Mengapa Pengurusan Gaya Hidup Itu Penting?

 

Bersenam

Selain daripada ubat, pengurusan gaya hidup memainkan peranan yang sangat penting dalam mencegah serangan gout.  Mengamalkan diet yang sihat dan aktiviti fizikal dapat membantu mengurangkan asid urik dalam badan.  Jika berat badan berlebihan, ia meningkatkan risiko gout.  Jadi, menjaga berat badan yang sihat dan aktif secara fizikal adalah langkah terbaik untuk mencegah gout.

 

Apa Yang perlu Dipertimbangkan dalam Memilih Ubat Gout?

 

Memilih ubat yang paling berkesan bergantung kepada beberapa faktor:

  • Keparahan penyakit gout yang dialami.
  • Masalah kesihatan lain seperti penyakit buah pinggang, diabetes atau jantung.
  • Jenis dan kekerapan serangan gout.

 

Gout boleh sangat menyakitkan dan mengganggu kehidupan seharian, Namun, dengan rawatan yang betul dan pengurusan gaya gidup yang tepat, ia boleh di kawal dan dielakkan. Ubat seperti NSAID, COLCHICINE dan UBAT PENURUN ASID URIK sangat berkesan untuk mengurangkan kesakitan dan mencegah serangan gout.  Jangan lupa untuk tanya dengan doktor supaya anda mendapat rawatan yang sesuai dengan keadaan kesihatan anda.

 

Jangan biarkan gout ni halang hidup anda! Dengan langkah yang betul anda dapat uruskan sakit gout anda dengan Ubat Gout Yang Paling Berkesan untuk mengurankan sakit dan bebas sakit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *