Tentang Izzat

saya Izzat  Perjalanan kerja saya bermula selepas tamat belajar di Universiti Ahad Al-Zaytun, Indonesia pada 2012 dalam bidang  Sains dan IT. Bila balik Malaysia, saya cuba macam-macam kerja dari cashier dekat The Store, admin di Mydin, sampai jadi supervisor projek pembinaan.

Walaupun selalu tukar kerja, saya percaya setiap pengalaman bagi saya ilmu dan pengajaran yang berguna. Saya suka jenis kerja praktikal, jadi saya ceburi bidang kontraktor seperti renovate rumah, buat loteng, kolam, dan ubah suai rumah. Lepas tu saya kerja dengan Farikh Resources, syarikat kontraktor dan pembekal, yang buat saya lebih mahir urus projek dan berkomunikasi dengan pelanggan.

Tapi, minat saya dengan dunia digital memang tak pernah padam.

Pada 2016, saya mula kerja dengan Irfan Khairi Sdn Bhd sebagai trainer dalam online marketing. Dari situ saya mendalami lagi ilmu teknologi dan pemasaran digital. Saya ajar macam-macam  dari bina website, blog, sampai asas SEO untuk usahawan dari pelbagai latar belakang. Izzat juga seorang Trainer yang diiktiraf HRDC dan saya aktif bantu usahawan bina website yang profesional, naikkan ranking Google, dan kuasai pemasaran digital.