
SEDIKIT PERKONGSIAN TENTANG PEMASARAN PRODUK ATAU PERKHIDMATAN YANG EFEKTIF DI INTERNET.
Percaya atau tidak di mana anda perlu menggunakan kaedah pemasaran sesuai supaya produk atau perkhidmatan anda sampai ke sasaran yang lebih besar.
Pemasaran zaman yang moden ini diiktirafkan sebagai aktiviti promosi di internet untuk produk atau perkhidmatan anda membina jenama di internet. Fungsinya ialah sebagai menyebarkan maklumat produk atau perkhidmatan kepada internet. Selain itu,anda boleh juga menggunakan kaedah ini untuk membina hubungan anda bersama pelanggan anda.
a)BERKOMUNIKASI DENGAN PANTAS
Contoh: anda mempunyai pelawat di sabah dan anda berada di kajang, anda tidak perlu pergi ke sabah untuk menceritakan tentang produk atau perkhidmatan anda, anda boleh berkomunikasi terus diInternet atau di media social sahaja contoh facebook, emel,instagram dan lain-lain lagi. Jika mereka mempunyai masalah tentang produk atau perkhidmatan anda, mereka boleh berkomunikasi dengan anda di Internet, media social sahaja. Itu pentingnya anda sediakan borang untuk pertanyaan di laman web anda dan pastikan anda respond dalam jangka masa yang terdekat.
b)LOKASI PEMASARAN
Selidik atau kenal pasti sasaran pasaran anda!!! lokasi dan kaedah untuk menjual produk atau perkhidmatan anda di internet supaya anda juga dapat menggunakan kos yang rendah.
Ia boleh dibuat secara langsung atau tidak langsung:
Contoh secara langsung: anda perlu berkomunikasi secara lisan antara anda dengan pelawat anda dengan objektifnya untuk anda membuat atau mempengaruhi produk atau perkhidmatan anda. Tetapi anda dapatkan lokasi yang strategic.
Contoh promosi secara tidak langsung: anda tidak perlu membuka mulut tetapi anda boleh gunakan teknik yang ini, komen di blog berkaitan dengan industry anda, emel, video marketing, facebook, laman web.
c)IDEA LUAR KOTAK!
Cara pemasaran luar kotak ini merupakan salah satu teknik yang positif sebenarnya. Positif dari segi pesaing dan trend pemasaran anda. Anda perlu menjadi lebih kreatif dalam mencipta gaya atau konsep baharu untuk memasarkan produk atau perkhidmatan anda.
Anda perlu mengambil risiko jika pelawat tidak membeli produk atau perkhidmatan anda.Untuk idea ini anda boleh ketengahkan kan supaya digemari berbanding dengan produk lain di pasaran. Anda boleh menambakan lagi konsep pemasaran contoh:
a)Pembungkus yang kreatif
b)Buat kombo set produk
c)Buat kempen pemasaran contoh: buka booth yang strategi
Jika anda tidak kenal siapa target matket anda , anda akan buang masa dan lagi banyak anda akan buang duit dalam pengiklanan yang tidak targeted.
Semoga manfaat ya
