MEMBUAT IKLAN LEBIH FAEDAH

MEMBUAT IKLAN LEBIH FAEDAH
Membuat pengiklanan ini ialah untuk memasarkan sesuatu, dan orang akan tertarik jika produk memberikan faedah perniagaan anda kepada mereka. Maka iklan anda harus menyampaikan sesuatu kepada mereka yang berbentuk faedah.
Faedah ialah kelebihan atau apa yang pelawat anda akan dapat.
Contoh:
-Kini anda boleh berjimat lebih dengan kereta saga dan anda juga gunakan wang hasil penjimatan tersebut untuk pembeljaan yang lain.
-Dengan menggunakan sanitizer 10ml ini , lebih mudah untuk anda bawa ke mana-mana sahaja. pasti anda akan kerap membawanya kemana-mana.
-Anda boleh menggunakan produk sanitizer ini dimana-mana tanpa perlu risau ianya mempunyai 10% alcohol sahaja kerana selebihnya itu di perbuat dari aloevera dan halal.
contoh untuk anda lebih fahami:
Anda menjual sebuah jam tangan, namun anda tidak seharusnya menyatakkan jam tersebut memiliki saiz permukaan 2 inci dan tali yang diperbuat dari kulit asli sahaja.
Disebaliknya dalam pengiklanan anda harus nyatakan bahawa saiz pemukaan yang besar akan menjadi lebih mudah pengguna untuk melihat waktu jam tersebut. Dengan itu pengguna tidak akan kelihatan susah untuk membaca waktu yang ditunjukkan.
Disini bagi yang mementingkan kriteria ini pasti akan memilih jam yang anda tawarkan. Bukan kerana ianya besar dan bertali kulit, tetapi kerana ciri-ciri jam tersebut memberikan faedah dan keselesaan kepada pengguna jam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *