3 Tips asas membeli emas
Apa yang anda perlu tahu sebelum membeli emas untuk simpanan atau untuk pelaburan ada 3 perkara penting!
1.Asas didalam pelaburan emas adalah jual beli emas
Beli emas dapat emas, anda bayar duit anda dapat emas, anda hulur emas (jual emas) anda akan mendapat duit semula, ia adalah hanya proses jual beli sahaja, ia bukan seperti pelaburan seperti investment yang lain dimana anda letak duit, anda tunggu pendapatan setiap bulan atau setiap tahunan seperti dividen dan sebagainya.
Pelaburan emas adalah sebenarnya jual beli emas.
2.Asas keuntungan dalam pelaburan emas
Sebenarnya hanya anda beli dengan harga rendah jual bila harga tinggi, dalam masa yang sama emas juga boleh jadikan simpanan atau emas ini boleh dijadikan sebagai pelaburan tapi jika kita lihat ramai mereka menjadi kaya sebabnya adalah mereka jadikan emas sebagai simpanan. Pada pandangan saya untuk waktu anak anak muda berumur sekitar dalam 20an boleh simpan emas ini dengan gaji anda, dari RM 2,000.00 pun dah boleh simpan simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit Biar susah sekarang senang-senang kemudian 🙂 ,
Emas ini makin laman makin mahal sebabnya 1 faktor yang lebih penting duit yang kita simpan, duit kertas yang kita simpan ni kuasa belinya semakin hari semakin kecil walau pun angka ya sama kekal tetapi kuasa belinya semakin kecil, tetapi jika kita lihat seperti ini sebenarnya bukan hanya emas ada juga rumah naik harga, tanah semakin mahal, barang-barang keperluan pun naik harga 😆 dan apa lagi kalau emas confirm naik juga. (pastikan anda membeli emas ini dengan niat untuk simpan duit dengan jangka panjang)
3.Ilmu asas tentang emas perlu ada
Jika kita lihat sekarang ini musim covid jadi kurang sesuai untuk hadir ke seminar dan sebagainya sekarang adalah sesuai untuk anda hadir kelas online di zoom meeting dan sebagainya, Jangan malas untuk hadir kelas seperti zooom kerana ada sangat memerlukan ilmu tentang emas. Emas bukan simpan kemudian dapat duit bulan-bulan tetapi emas kita beli simpan kemudian kita jual. Setiap leader pasti ada kongsikan di live zoom tentang emas. 😆
Selamat maju jaya di pelaburan emas 😆