Cara Membersihkan Usus

Cara membersihkan usus

5 TIPS SEMULAJADI CARA MEMBERSIHKAN USUS

Usus yang sihat adalah asas kepada tubuh yang sihat.  Namun, tidak ramai yang sedar betapa pentingnya untuk membersihkan usus secara berkala.  Usus dengan banyak toksin dan sisa makanan yang tidak tercerna boleh memberi kesan kepada sistem pencernaan dan keseluruhan kesihatan tubuh.  Jadi, apa cara terbaik untuk Cara Membersihkan Usus kita?

Didalam artikel ini, Izzat akan kongsikan 5 cara semulajadi yang mudah untuk membersihkan usus dan memastikan tubuh kita berada dalam keadaan terbaik!

 

1.Amalkan diet tinggi serat

Cara Membersihkan Usus

Serat adalah penyelamat bagi usus kita.  Makanan dengan serat seperti buah-buahan, sayuran, bijirin penuh dan kekacang membantu mempercepatkan gerak usus ini mengurangkan sembelit dan membantu pembersihan usus secara semulajadi.  Usus yang aktif dan bersih akan memperbaiki pencernaan dan meningkatkan penyerapan nutrisi.

➡ Cuba masukkan avokado, bayam dan ubi keledek dalam diet harian anda.  Ini adalah makanan yang banyak serat sangat baik untuk pencernaan.

 

2.Makanan probiotik

probiotik, Forever Aloe Vera Gel

Probiotik adalah bakteria baik yanng paling penting untuk kesihatan usus.  Makanan seperti yogurt, tempe dan kimchi boleh membantu menambah jumlah probiotik dalam usus kita.  Ia bukan sahaja menggalakkan percernaan yang lebih baik tetapi juga membantu mengimbangkan mikroflora usus yang sangat penting untuk kekuatan imun. Info klikdisini

➡ Cari yogurt yang mengandungi probiotik aktif dan cuba amalkan setiap hari.

 

3.Detoks dengan jus sayuran 

Cara nak detoks

Jus sayuran segar seperti jus lemon dan halia sangat bagus untuk membantu membersihkan usus.  Kedua-dua bahan ini mempunyai sifat detoksifikasi yang kuat, membantu tubuh membuang toksin yang membantu terkumpul.

➡ Jus lemon dan halia juga membantu mengurungkan kembung perut dan mempercepatkan metabolisme.  Cubalah buat just segar di rumah dan minum setiap pagi!

 

4.Minum air dengan cukup

Minum air dengan cukup

Dihiddrasi adalah salah satu punca utama usus yang tidak sihat.  Air membantu tubuh menyingkirkan toksin dan memudahkan pergerakan usus.  Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari untuk memastikan usus berfungsi dengan baik. Info disini

➡ Cuba mulakan pagi dengan segelas air suam untuk membantu mengaktifkan proses pencernaan dan meningkatkan metabolisme.

 

5.Senaman secara berkala

Senaman tidak hanya baik untuk jantung, Tapi juga membantu memperbaiki pergerakkan usus.  Aktiviti fizikal meningkatkan peredaran darah ke seluruh badan, termasuk usus, yang mempercepatkan pencernaan dan pembuangan toksin. Info disini

➡ Senaman ringan seperti berjalan kaki selama 20-30minit setiap hari untuk kesihatan usus.

Menjaga kesihatan usus adalah kunci kepada pencernaan yang baik dan kesejahteraan tuubuh secara seluruh.  Dengan buat diet yang tinggi serat, minum air secukupnya dan mengambil probiotik, kita boleh memastikan kita sentiasa bersih dan berfungsi dengan baik. Jangan lupa menggunakan produk tambahan seperti supplemnt untuk makanan tambahan Cara Membersihkan Usus untuk kebaikkan usu anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *