
APA ITU GAP DIDALAM PUBLIC GOLD ?
GAP INI BERMAKSUD GOLD ACCUMULATION PROGRAM Pertanyaan ini sering di tanya kepada anda yang baru sahaja masuk didalam industri emas ni, ini adalah cara-cara untuk kita membeli emas di public gold . Akaun GAP ini lebih kurang seperti akaun simpanan bank , bezanya anda tidak perlu menyimpan duit didalam akaun GAP, tapi anda simpan emas didalam akaun GAP.
Apa yang buat saya tertarik dengan akaun GAP ini adalah kita boleh membeli emas serendah RM 100.00 sahaja bergantung kepada anda jika tiada komitment bulanan anda boleh membeli emas melalui akaun GAP pada bila bila masa sahaja.
Tips ini sesuai kepada anda yang risau nak pegang emas, jika kita lihat ramai dah kena rompak, ragut disebabkan menggunakanemas di tangan dan gelang, boleh cuba kadang kita risau terjadi dekat diri kita atau keluarga kita, jadi akaun GAP ni sudah mudahkan kita untuk menyimpan emas didalam akaun sahaja dan dalam masa yang sama jika sudah cukup jumlah yang kita kumpul emas didalam akaun GAP anda boleh keluarkan.
INI ADALAH SEBAGAI CONTOH SAHAJA SUPAYA ANDA BOLEH MUDAH FAHAM
Pada tarikh 28/8 ini harga emas MYR 268 = 1.0000 gram saya adalah ahli baru daftar public gold kemudian membeli emas MYR 100 = 0.3731 gram melalui akaun GAP terkini saya memiliki emas MYR 100 = 0.3731 gram , MYR 100 = 0.3731 gram ini akan disimpankan oleh public gold secara percuma dan saya boleh pantau berapa jumlah emas saya sudah kumpul didalam akaun GAP. Jumlah emas yang terkumpul akan di tunjuk di bahagian ACCOUNT BALANCE
Katakan lah saya mahu menambah emas atau kita beli emas lagi, di ruang akaun balance akan menambah, saya boleh menyimpan didalam akaun GAP ini sehinggalah jumlahnya terkumpul pada ACCOUNT BALANCE dan tunggu sampai terkumpul.
INI ADALAH SEBAGAI CONTOH SAHAJA SUPAYA ANDA BOLEH MUDAH FAHAM
Saya berminat untuk nak dapatkan emas tulen 1000gram seperti gambar di bawah, saya perlu kumpulkan berat emas ini sampai 1000gram barulah saya dapatkan keluarkan emas ini tapi anda perlu hubungi cawangan yang terdekat dengan anda untuk urusan pengeluaran gold bar ni. Baki 1 gram perlu di tinggalakan didalam akaun GAP selepas pengeluaran emas ini kerana jika anda keluarkan semua tidak tinggalkan baki 1 gram akaun GAP anda ini akan di tutup serta merta. Nak aktifkan semula anda perlu membuat pembayaran sebanyak RM 50.00 macam tu untuk ACTIVATION FEE
Jadi untuk sekarang anda tidak perlu risau lagi, sekarang dah moden semuanya online, simpan emas pun boleh kumpul sikit-sikit dan lama-lama boleh keluarkan, tidak perlu lagi rasa gelisah kena rompak dan sebagainya kerana emas anda ini simpan didalam akaun GAP
Dalam masa yang sama juga didalam akaun GAP ini boleh jual emas yang kita sudah ada atau pajak secara online. Bayaran akan terus didalam masuk akaun bank anda seperti maybank, bsn, cimb dan sebagainya.
Yang paling bestnya adalah simpan emas didalam akaun GAP ini tidak di kenakan caj tambahan sebagai contoh caj penyimpan atau caj upah untuk simpanan. Akaun GAP ini amat sesuai untuk digunakan long term, sesuai juga untuk anak anak anda sebagainya.