5 Cara untuk jalankan bisnes online

Zaman 2021 ni dah terkenal dengan bisnes online dan ramai nak cuba dapatkan sale dari perniagaan online ni. Ada 5 cara mudah yang saya akan kongsikan dengan anda. 5 cara di bawah ini adalah di atas pengalaman saya menjual barang networking iaitu keperluan harian.

  1. MENGGUNA

    Tips pertama ni “Mengguna” ni amat penting untuk jalankan perniagaan, tak kisah perniagaan apa yang anda lakukan anda perlu menggunakan produk tersebut itu paling penting, sebagai contoh saya gunakan deodorant, sabun pencuci pinggan, vitamin dan lain-lain, menggunakan produk ini memang wajib sebagai perniagaan bisnes online kerana ia lebih mudah untuk anda buat marketing nanti. Tak kisah perniagaan apa yang anda lakukan, anda perlu menggunakan produk anda dahulu okay.

  2. MENJUAL


    Selepas menggunakan baru la kita menjual, ia lebih mudah untuk anda ceritakan kepada pelanggan anda nanti.
    Sebagai contoh : saya menjual produk cuci pinggan yang saya telah gunakan, kemudian saya mahu menjual kepada sis dan saya boleh ceritakan apa kelebihan produk yang saya telah gunakan sebelum ni.

    Sebagai contoh :

    Saya –  “Sis cuba gunakan sabun cuci pinggan ni, ia lebih bagus dari produk yang lain dan tiada jual di mana-mana pasaraya”

    Sister – “Betul ke produk ni bagus?”

    Saya – ” Ya Betul bagus!!! sebab saya sendiri telah MENGGGUNAKAN pencuci pinggan ni, kelebihan produk ini ia mengandungi minyak kelapa, lemon & aloevera”

    Sister – “Produk ni sesuai untuk apa je?”

    Saya – ” Di atas pengalaman saya, produk dishdrop ni sesuai untuk digunakan untuk membersihkan buah-buahan, cuci botol anak dan sayur-sayuran.

    https://www.tiktok.com/@ijatjojo?

    Bila kita telah menggunakan sesuatu produk yang kita mahu menjual, kita dah ada pengalaman dan kita boleh ceritakan kepada pelanggan kita. Disini kita boleh gunakan testimoni diri kita sendiri 😛

  3. MENAJA


    Bila pelanggan kita telah menggunakan produk kita tadi, lepas tu dia oder lagi dengan kita, dan apa kata kita sarankan kepada pelanggan kita join ahli, supaya boleh dapat bonus dan boleh berniaga sama macam kita, Produk bagus dan kualiti siapa tak nak ? betul tak?
    Jual pencuci pinggan sahaja anda boleh menjana pendapatan dengan baik, dan produk kualiti ini juga pemintaan tinggi sebab pencuci pinggan ni ada keunikkan sendiri, dan tidak dapat di luarsana 😆

    Kalau ada kawan-kawan yang kita kenal dia berniaga tapi nak cari sumber pendapatan yang lain, kita boleh menaja mereka, biasanya business man atau women ni mereka nak cuba dapatkan perniagaan yang terbaik untuk mereka, itu sahaja sebenarnya 🙂

  4. MEMBERI KHIDMAT


    memberi khidmat kepada pelanggan kita : Sebagai contoh kita dapat oder dari pelanggan, apa kata kita sendiri pergi ke hq dan hantar ke rumah pelenggan kita, nak lagi best buat la demo dalam rumah pelanggan, supaya pelanggan kita lihat lebih menarik lagi perniagaan kita ni, dan kemungkinan juga setelah mereka sudah melihat demo produk dan kita pula ceritakan lagi kelebihan produk dan peluang perniagaan ni, mereka juga turut serta join ahli bersama kita,

    Selepas 2 hari atau 4 hari follow up tanya bagaimana dengan produk yang mereka beli dengan kita 🙂  Service dengan pelanggan amat lah penting ya kawan-kawan 😆  Jika ada masalah dari segi produk, ambil semula produk tersebut dan hantar semula ke hq!!! Kalau boleh berikan service yang terbaik untuk pelanggan kita supaya mereka selesa dengan kita.

    Memberi khidmat kepada Downline kita: Sebagai upline atau sebagai leader kepada perniagaan ia adalah 1 tanggung jawab untuk jayakan downline kita, kita perlu bantu sampai mereka berjaya, Jadi kita sebagai leader atau up line perlu kongsikan marketing plan, ajar cara demo produk, ajar cara nak share produk, dan kita latih downline kita ni sampai mereka boleh menjadi leader yang hebat dan berjaya.

    Kerjayaan sebenarnya adalah seorang upline atau seorang leader bila mereka berjaya menjayakan downline-downline mereka, sebab Syarikat yang saya join ini adalah (AMWAY) “leadership business” tugas kita adalah untuk melahirkan leader-leader amway yang hebat.

  5. MAJLIS ILMU

    Majlis ilmu ni bermaksud kelas yang selalu ada sharing tentang ilmu produk dan ilmu perniagaan, Setiap perniagaan perlu ada ilmu betul tak? jadi syarikat yang saya join sekarang ini memang akan ada kelas ilmu setiap minggu, itu yang seronok sebabnya kelas ilmu percuma dan ilmu percuma, kalau boleh semua orang nak ilmu percuma betulkan ?,

    Diatas pengalaman berniaga buat supply di syarikat kerajaan dan sebagainya, nak dapat ilmu ni sebenarnya anda perlu belajar sendiri, atau kerja dengan contractor baru boleh buat. Tak semua contractor nak share dengan kita ilmu perniagaan ni 100%, tapi syarikat yang saya join semua share ilmu 100% dari pengalaman mereka sendiri 🙂

Kesimpulanya adalah tak kisah anda mahu buat perniagaan apa-apa pun sama ada bisnes networking, bisnes online atau buat perniagaan offline dan sebagainya, anda semua perlu anda 5M ni supaya boleh lebih yakin untuk share kepada pelanggan anda okay 🙂

2 thoughts on “5 Cara untuk jalankan bisnes online

  1. freeskyguide

    Wonderful beat I wish to apprentice while you amend your web site how could i subscribe for a blog web site The account aided me a acceptable deal I had been a little bit acquainted of this your broadcast provided bright clear idea

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *