
Di atas pengalaman saya sendiri Sakit gout ini memang sakit bila dah kena. saya nak share sedikit tips Cara Hilangkan Gout. Bila dah kena Tiba-tiba je jari kaki kita bengkak warna merah, berdenyut-denyut sampai nak jalan pun susah. Sakit gout ni akan terjadi sebab asid urik berkumpul dalam sendi anda. Kalau dibiarkan, boleh jadi makin teruk! Jika anda sekarang tengah lalui fasa sakit gout ni boleh cuba ikut dibawah ini.
- MINUM AIR BANYAK!
Nak hilangkan asid urik dalam badan! kena minum air secukupnya! Paling kurang 8 gelas sehari. Kalau boleh, lebih lagi, lagi banyak minum air lagi mudah badan nak flush asid urik melalui air kencing.
- JAGA MAKAN, ELAKKAN MAKAN YANG MENYEBABKAN GOUT!
Apa yang kita makan memang main peranan besar dalam kawalan gout. Ada makanan yang boleh naikkan asid urik, jadi sebaiknya anda elakkan supaya tidak lebih teruk lagi.Makanan yang patut anda elakkan..
-Daging merah (Lembu dan kambing)
-Makanan laut (Udang, ketam, kerang)
-Organ dalaman (hati,otak)
-Ikan bilis, sardin, mackerel
Minuman manis dan beralkoholMakanan yang bagus untuk gout…
-Sayur-sayuran hijau
-Buah-buahan (terutama ceri dan lemon)
-Bijirin penuh
-Kekacang (Almond, walnut)
-Air kelapa semula jadi - GUNA BAHAN SEMULA JADI DIDAPUR
Beberapa bahan didapur yang boleh bantu kurangkan sakit gout. Cara Hilangkan Gout
– Halia : Potong dan rebus dalam air pana, kemudian minum sebagai teh.
– Kunyit : Boleh campur dalam makanan atau buat air kunyit suam.
– Daun pandan : Rebus dan minum airnya untuk kurangkan asid urik. - SENAMAN RINGAN & KAWAL BERAT BADAN
Tak perlu pergi gym, cukup sekadar jalan kaki 30 minit sehari untuk bantu kurangkan berat badan dan kawal gout. Obesiti boleh buat badan lebih susah buang asid urik, jadi kawal pemakanan dan kekalkan gaya hidup aktif. - DAPATKAN RAWATAN KLINIK ATAU HOSPITAL
Jika anda sudah cuba semua petua ni tapi sekiranya sakit gout masih tidak hilang, jangan tunggu lagi boleh terus jumpa doctor dapatkan nasihat dari doctor.
Atau anda nak cuba hubungi dengan dr secara online tentang gout disini https://www.doctoroncall.com.my/health-centre/tulang-otot/penyakit-gout/cara-merawat-gout
Kesimpulanya anda tidak perlu berbelanja besar untuk kawal gout! Dengan hanya minum air secukupnya, jaga pemakanan, kawal berat badan anda boleh kurangkan sakit gout secara semula jadi. Tapi untuk dapatkan nasihat docter juga penting untuk anda nak tahu lebih detail cara mengawal sakit. Jika anda petua lain Cara Hilangkan Gout atau supplement yang boleh bantu kurangkan sakit gout boleh komen di bawah.. 🙂