SEBELUM ANDA SERTAI PERNIAGAAN PART TIME

ADA BEBERAPA CARA  SEBELUM ANDA SERTAI PERNIAGAAN PART TIME 

 

Kita lihat dengan ekonomi sekarang kita tidak boleh duduk diam sahaja.  Bermakna kita perlu bekerja keras untuk mendapat income tambahan,  rata-rata semua orang bekerja keras dan sekarang ni ada yang sudah bekerja hakiki gaji sudah mencapai Rm 5,000.00 sebulan tapi masih lagi mencari perniagaan part time,  Sebab apa? ekonomi dunia sekarang!

Jadi anda masih duduk diam lagi ke? atau anda sudah mendapat income yang mencukupi untuk keluarga? Kalau cukup alhamdulilah tiada masalah, perkara ni sebenarnya individu sahaja tiada paksaan dari orang lain!

Anda sendiri boleh berniaga part time, perniagaan ini tidak susah sebenarnya ia boleh menjual ikut masa anda waktu free, bergantung kepada diri anda jika nak sale lebih dalam part time buat lah bersungguh – sungguh.

Kebanyakkan mereka yang baru masuk dunia perniagaan ni mereka nak jadi founder, apa kata sebelum anda menjadi founder anda berniaga kecil -kecilan dulu, seperti jual produk yang sedia ada Tapi sebelum anda berniaga secara part time anda perlu lihat video ini dahulu :https://www.facebook.com/watch/?v=5357453687630251  (dari irfan khairi)

 

SEBELUM ANDA SERTAI PERNIAGAAN PART TIME  DI SEBUAH SYARIKAT MESTI PERLU KETAHUI DAHULU INFO SEPERTI INI:

1.Produk 100% kualiti & zero risiko (PRODUK ATAU PERKHIDMATAN YANG SELAMAT DIGUNAKAN)
Produk kualiti sangat penting untuk anda berniaga secara part time, sebab mudah anda promot di media sosial dan tiada risiko.  Pastikan tidak beracun dan tidak bahaya untuk pengguna, isi kandungan produk selamat guna dan juga halal (produk selamat digunakan dan boleh bantu orang ramai).

 

 

2.Bahan marketing disediakan
Perkara ini sangat suka ingatkan pelajar saya, bila anda sertai mana- mana perniagaan pastikan anda tanya dengan mereka ada bahan – bahan marketing sudah di sediakan atau tak?,  bahan marketing ini contohnya video produk, gambar produk  untuk anda post di media sosial, copywritting dan lain -lain yang anda nak buat marketing di media sosial. Kalau takde anda perlu design sendiri tapi mudah je anda nak design bahan marketing ni boleh cuba gunakan https://www.canva.com/

 

 

3.Kenali syarikat yang anda nak sertai perniagaan part time
Kenali syarikat ni yang anda nak sertai ini sangat perlu supaya anda tidak tertipu dengan sistem mereka,  Pastikan anda kenal syarikat!!! bukan duta syarikat atau tukang cakap sahaja!  Kenali syarikat tersebut dari segi dokumen sokongan, lesen perniagaaan lain-lain yang relevant dengannya, kebiasaannya syarikat yang kukuh dan dipercayaai mereka akan beri anda lihat supaya anda tidak ragu-ragu untuk sertai team mereka.

 

 

4. Cek perniagaan yang sah
Rata – rata ramai yang sertai perniagaan mlm ni seperti  https://www.youngliving.com/en_MY/   https://www.marykay.com.my/ https://www.amway.my/
Syarikat seperti ini perlu ada lesen dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) atau boleh je klik link yang ini dan check https://www.kpdn.gov.my/ms/

 

 

5.Majlis ilmu
Pastikan perniagaan yang anda sertai mereka anda sediakan majlis ilmu, apa maksud majlis ilmu ni? majlis ilmu ni adalah kelas yang disediakan oleh syarikat, kadang-kadang bila kita berniagaa produk yang sedia ada ni kita kurang mahir atau kurang ilmu dalam bidang tersebut, jadi amat penting untuk anda sertai majlis ilmu atau kelas yang disediakan oleh mereka supaya anda lebih expert untuk menjual produk, berniaga ni ibarat kita masih sekolah, banyak kita perlu belajar ya kawan-kawan!

 

 

6.Produk ada permintaan
Saya sarankan kepada anda jual produk yang evergreen (sentiasa ada pembeli atau repeat oder)
contoh :  Anda menjual kerepek, Hujung bulan ada orang nak repeat oder sebab sedap sangat
contoh : Anda menjual produk deodorant, dah habis mereka akan repeat oder sebab produk dedorant anda tiada kemikal dan sesuai mereka yang kencing manis guna.
contoh : Anda menjual pencuci pinggan, pencuci pinggan habis mereka akan repeat oder, kerana pencuci pinggan anda tiada kemikal dan sesuai untuk siram pokok bunga, cuci botol susu anak, cuci buah-buahan dan sayur-sayuran.Bestkan jual produk seperti ini? sentiasa ada repeat oder

 

 

7.Boleh menjual online
Cari produk yang boleh menjual atau promot di online supaya anda mudah fokus kerja hakiki, sebagai contoh siang anda bekerja di pejabat, malam anda monitor sale atau buat apa yang patut untuk perniagaan online anda.  Isnin – jumaat kerja hakiki sabtu dan ahad cuba cari prospek simple mudahkan ?, memang agak penat tapi itu lah cabarannya sebelum anda berniaga full time atau menjadi founder.

 

 

Note: Jual produk yang tiada di kedai runcit atau supermarket yang lain supaya anda mudah jual di online. Ini lah caranya saya lihat syarikat perniagaan sebelum sertai part time, jika anda ada idea yang lebih baik lagi,  boleh komen di bawah dan share pengalaman anda!

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!