CARA JADI CONTRACTOR

Info untuk cara jadi contractor pastikan anda lakukan seperti ini:-

1. Kerja dengan syarikat orang dahulu
Sangat beruntung kepada anda yang belajar mengambil bidang – bidang jurutera, wiring, computer, ukur bahan dan lain-lain lagi, tak kisah sijil, diploma atau degree. Tapi lagi best jika anda dah habis belajar terus bekerja dengan syarikat contractor ni sebabnya anda boleh terus dapat pengalaman apa yang anda belajar tidak perlu tunggu kerja kerajaan.

Contoh anda belajar bahagian wiring jangan tunggu lagi.. terus apply kerja, bila dah kerja baru dapat pengalaman practical, sebenarnya belajar dengan kerje ni berbeza, kalau kerja anda boleh dapat banyak ilmu, sebab perniagaan seperti ini anda banyak cara jadi anda boleh planing mahu cara yang macam mana untuk berniaga seperti ini.

2.Position kerja

Rezeki kalau dapat position didalam syarikat tu ada yang kita minat, tetapi jika tidak tak apa teruskan je, position kerja ni kalau anda boleh dapat bahagian marketing sebenarnya anda boleh dapat kenal banyak pelaggan dan mudah untuk anda belajar kira harga barang, cara menentukan harga, cara bercakap dengan orang dan lain – lain lagi. Tetapi jika anda dapat kerja yang related dengan kerjaya anda buat kerja semua tidak mengapa boleh teruskan, at least disitu anda boleh dapat belajar juga cara buat kerja dan cara handle pekerja.

3.Berapa lama kerja sepatutnya kerja dengan orang

Tak kisah berapa lama anda kerja, lagi best kalau boss dah rapat dengan kita lagi banyak ilmu anda boleh dapat, tapi bagi saya kerja la dalam 3 atau 4 tahun, supaya anda boleh lebih fasih dalam kerjaya ni, dalam masa 3 atau 4 tahun tu anda sambil-sambil cari projek sampingan. tapi jangan gunakan pekerja boss pula ya! cuba dapatkan pekerja sendiri belajar! Insha allah anda akan menjadi  contractor yang berjaya

4.Buat ssm dan sijil kewangan

Sambil anda kerja cuba anda lihat apa yang boss anda ada..contoh ssm, sijil kewangan, eperolehan, cidb dan lain-lain lagi, sebaiknya untuk menjadi contractor ini anda boleh buat cidb, kalau dah ada cidb dan ssm sijil kewangan itu dah kira lengkap. Jadi anda tidak risau bila buat kerja-kerja ni. Jika tidak ada cidb pun boleh tetapi anda boleh buat projek macam pembekal macam tu sahaja, kalau macam nak buat rumah atau bangunan dan sebagainya sebaiknya ada cidb, kalau tiada pun boleh tapi rugi.

5.Fokus

Bila anda sudah diterima kerja cuba fokus! maksud saya bukan fokus kerja sahaja, tetapi fokus apa yang boss anda lakukan, fokus bagaimana syarikat dia boleh ada pekerja, bagaimana syarikat di bergerak dengan baik dan sebagainya. Cuba lihat juga dari sudut bagaimana mereka boleh dapat projek seperti ini. Sebagai contoh anda bekeja di syarikat buat loteng kebanyakkan mereka menggunakan online marketing contoh facebook ads, google ads dan sebagainya yang ini berdasarkan di atas pengalaman saya bekerja di loteng.

6.Keunikkan 

Anda ada planing nak buka syarikat sendiri untuk contractor ni, sambil anda kerja cuba dapatkan idea untuk keunikkan perkhidmatan anda akan datang nanti contoh nama syarikat mereka mungkin The loteng, tapi akan datang nanti anda ada planing nak buat syarikat nama Loteng rumah idaman dan dapatkan juga  apa perbezaan perkhidmatan anda dan juga syarikat anda bekerja

Dengan cara jadi contractor INI jadi pekerja yang boleh buat semua kerja,  itu lebih bagus sebenarnya sebab nak ada syarikat sendiri untuk contractor ni kena tahu semua kerja site, admin, harga barang , supplier dan lain-lain lagi baru la anda boleh  jadi

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!